Halaqah Ilmiah Siri 1/2026: Pembubaran Perkahwinan Dalam Islam | PUSAT ISLAM UNIVERSITI
» BERITA » Halaqah Ilmiah Siri 1/2026: Pembubaran Perkahwinan dalam Islam

Halaqah Ilmiah Siri 1/2026: Pembubaran Perkahwinan dalam Islam

SERDANG, 26 Mei  – Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Halaqah Ilmiah Siri 1/2026 bertempat di Dewan Al-Khawarizmi. Siri pertama ini mengangkat tajuk penting iaitu Pembubaran Perkahwinan dalam Islam, yang disampaikan oleh Puan Norshadatulnizma binti Misnun@Anuar, Pegawai Syariah dari Bahagian Syariah dan Bantuan Guaman, Sektor Undang-Undang, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Program dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Pengarah Pusat Islam UPM, Encik Zuhaimi Abd Rahim, yang menekankan kepentingan halaqah ilmiah sebagai wadah perkongsian ilmu syariah dan kefahaman mendalam terhadap isu-isu kekeluargaan dalam masyarakat Islam.

Dalam sesi utama, Puan Norshadatulnizma menghuraikan aspek hukum, prosedur, serta hikmah di sebalik pembubaran perkahwinan menurut perspektif Islam. Beliau menekankan bahawa proses ini bukan sekadar perundangan, tetapi juga berkait rapat dengan keadilan, kebajikan, dan kesejahteraan pasangan serta keluarga.

Program ini mendapat sambutan baik daripada warga kampus dan masyarakat setempat, sekaligus memperkukuh peranan Pusat Islam UPM sebagai pusat rujukan ilmu dan dakwah kontemporari.

Tarikh Input: 26/05/2026 | Kemaskini: 26/05/2026 | asmunir

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
W, (09:26:00pm-09:31:00pm, 19 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]