
Kuala Nerus, 5 Oktober 2025 — Mesyuarat Pengarah-Pengarah Pusat Islam Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (JAHEIS) telah berlangsung dengan jayanya pada malam 5 Oktober 2025 bertempat di Bilik Studio Al-Quran, Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Zuhaimi Abd Rahim, Pengerusi JAHEIS merangkap Pengarah Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM), dan dihadiri oleh para Pengarah Pusat Islam dari pelbagai IPT serta wakil-wakil pengarah yang mewakili institusi masing-masing.
Sesi mesyuarat ini bertujuan membincangkan pelaksanaan program serta perancangan aktiviti Hal Ehwal Islam yang telah dijalankan dan akan dilaksanakan sepanjang tahun 2025. Antara agenda utama yang diketengahkan termasuklah pengukuhan jaringan kerjasama antara Pusat Islam IPT serta pemerkasaan aktiviti dakwah dan pembangunan rohani mahasiswa.
Mesyuarat ini turut menjadi platform penting dalam menyelaraskan hala tuju strategik JAHEIS bagi memastikan peranan Pusat Islam terus relevan dan berkesan dalam membentuk sahsiah mahasiswa serta menyumbang kepada pembangunan ummah secara menyeluruh.
JAHEIS komited untuk terus memperkukuh sinergi antara IPTA dan IPTS dalam memperkasa agenda Islam di peringkat institusi pengajian tinggi negara.
Tarikh Input: 08/10/2025 | Kemaskini: 08/10/2025 | asmunir

PUSAT ISLAM UNIVERSITI,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum