KELAS ASAH KEMAHIRAN GOOGLE DRIVE UNTUK STAF PUSAT ISLAM UPM | PUSAT ISLAM UNIVERSITI
» BERITA » KELAS ASAH KEMAHIRAN GOOGLE DRIVE UNTUK STAF PUSAT ISLAM UPM

KELAS ASAH KEMAHIRAN GOOGLE DRIVE UNTUK STAF PUSAT ISLAM UPM

Serdang, 15 Januari 2025 – Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Kelas Asah Kemahiran ‘Google Drive’ khusus untuk staf Pusat Islam UPM bagi meningkatkan kemahiran teknologi dan pengurusan digital dalam kalangan mereka.
Kelas yang diadakan di Smart Classroom Masjid UPM ini telah disampaikan oleh Encik Saiful Ramadzan bin Hairani, seorang Pegawai Teknologi Maklumat dari Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), UPM.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan yang lebih mendalam kepada para peserta tentang penggunaan Google Drive sebagai alat untuk mempermudah penyimpanan, perkongsian, dan pengurusan dokumen secara atas talian. Antara topik yang diketengahkan termasuk:
 
Pengurusan fail dan folder secara sistematik, cara berkongsi dokumen dengan pelbagai tahap akses,kolaborasi secara langsung menggunakan Google Docs dan Sheets, serta Tips keselamatan untuk memastikan data di Google Drive dilindungi.
 
Menurut Encik Saiful Ramadzan, "Penguasaan teknologi seperti Google Drive sangat penting dalam era digital ini. Ia bukan sahaja memudahkan kerja seharian, malah meningkatkan kecekapan serta produktiviti organisasi."
Kelas ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Pusat Islam UPM untuk memperkasakan kemahiran stafnya agar seiring dengan perkembangan teknologi, sejajar dengan visi universiti untuk menjadi institusi bertaraf dunia.

Tarikh Input: 20/01/2025 | Kemaskini: 21/01/2025 | asmunir

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
X, (06:30:38pm-06:35:38pm, 30 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]