Kursus Pengurusan Jenazah Perkasa Ilmu Fardu Kifayah Di UPM | PUSAT ISLAM UNIVERSITI pic
» BERITA » Kursus Pengurusan Jenazah Perkasa Ilmu Fardu Kifayah di UPM

Kursus Pengurusan Jenazah Perkasa Ilmu Fardu Kifayah di UPM

Serdang, 10 September 2025 — Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Masjid UPM, dengan penyertaan lebih 100 orang peserta terdiri daripada staf UPM dan masyarakat awam. Kursus sehari ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang, menampilkan pendekatan menyeluruh merangkumi aspek teori dan praktikal.

Program ini dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Rafieudin Zainal Rasid, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Undertaker, yang merupakan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Pertubuhan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM). Dengan pengalaman luas dalam bidang pengurusan jenazah, beliau telah berkongsi ilmu dan kemahiran penting yang merangkumi prosedur pengurusan jenazah secara beradab, selamat dan mematuhi syariat Islam.

Turut hadir memeriahkan dan menyokong program ini ialah Pengarah Pusat Islam UPM, Encik Zuhaimi Abdul Rahim, yang menzahirkan komitmen institusi dalam memperkasa ilmu fardu kifayah dalam kalangan warga kampus dan komuniti setempat.

Kursus ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada peserta tentang tanggungjawab sosial dan agama dalam menguruskan jenazah, malah turut membuka ruang kepada pemerkasaan nilai kemanusiaan dan empati dalam masyarakat.

Pusat Islam UPM merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan secara berkala demi melahirkan lebih ramai individu yang celik ilmu dan bersedia menyumbang khidmat kepada masyarakat.

Tarikh Input: 10/09/2025 | Kemaskini: 10/09/2025 | asmunir

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691163
0397693640
X, (01:25:42pm-01:30:42pm, 05 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]