
𝗦𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗚, 20 April - Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) Gelanggang Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) di bawah bimbingan Pendekar Noor Azreen Awang selaku Jurulatih Kanan Malaysia PSSLM terus memperkukuh peranannya sebagai pusat perkhidmatan kerohanian kepada masyarakat sekitar apabila mengadakan sesi latihan silat dan ulangkaji Silibus 1, 2 dan 3, pagi semalam.
Program bermula seawal 9.30 pagi yang disertai seramai tiga puluh satu orang pesilat yang merupakan anak kariah Serdang dan staf UPM telah menyertai latihan tersebut. Tumpuan diberikan kepada kekemasan pergerakan di samping menggalakkan elemen kreativiti dalam setiap teknik yang dipersembahkan.
Pendekar Azreen berkata, program ini merupakan usaha berterusan gelanggang dalam membentuk jati diri ahli melalui pemerkasaan silibus persilatan yang dapat membina keyakinan serta ketahanan diri apabila berhadapan dengan situasi yang mencabar.
“Ia turut melahirkan pesilat yang seimbang dari sudut jasmani dan rohani, sekali gus memperkukuh disiplin serta keperibadian mereka sebagai insan berilmu seterusnya berbakti kepada masyarakat ” katanya lagi.
Latihan bermula dengan bacaan Selawat Iftitah sebelum diakhiri dengan bacaan doa sebagai penutup program.
Tarikh Input: 20/04/2026 | Kemaskini: 20/04/2026 | asmunir

PUSAT ISLAM UNIVERSITI,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum