LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT ISLAM UMS KE PUSAT ISLAM UPM | PUSAT ISLAM UNIVERSITI
» BERITA » LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT ISLAM UMS KE PUSAT ISLAM UPM

LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT ISLAM UMS KE PUSAT ISLAM UPM

 

Serdang, 22 Februari - Pusat Islam Universiti,UPM telah menerima lawatan penanda aras oleh Pusat Islam Universiti Malaysia Sarawak (PIUMS)pada hari ini.
 
Delegasi yang mewakili Pusat Islam UMS yang diketuai oleh Ybhg. Puan Norisah Taljid, Ketua Sektor Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UM. Bagi pihak Pusat Islam UPM di wakili oleh Encik Alzasha Illiyyin Zainal Alam, Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan Pusat Islam UPM.
 
Tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara Pusat Islam UPM dan Pusat Islam UMS di samping untuk menimba pengalaman, pengetahuan dan berkongsi kepakaran berkaitan hal ehwal tadbir urus kewangan dan pentadbiran masjid universiti. Deligasi di bawa untuk melihat sekitar kawasan Masjid UPM dan Pusat Islam sebelum ke Pusat Pengurusan Wakaf Zakat Dan Endowmen (WAZAN) UPM.
Semoga hasil daripada kunjugan hormat ini, hubungan dua hala di antara Pusat Islam UMS dan Pusat Islam UPM akan terus berkekalan dan saling membantu dalam mencapai ke arah masjid institusi yg lebih baik.

Tarikh Input: 26/02/2024 | Kemaskini: 26/02/2024 | asmunir

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEbSAU~