Lawatan Penanda Aras: Pusat Islam UPM & UniSZA Bertukar Pengalaman | PUSAT ISLAM UNIVERSITI pic
» BERITA » Lawatan Penanda Aras: Pusat Islam UPM & UniSZA Bertukar Pengalaman

Lawatan Penanda Aras: Pusat Islam UPM & UniSZA Bertukar Pengalaman

Terengganu, 21 Mei 2025 – Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Pusat Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi memperkukuh hubungan serta pertukaran pengalaman dalam pengurusan hal ehwal Islam di institusi pendidikan tinggi.

Delegasi Pusat Islam UPM diketuai oleh Encik Zuhaimi Abd Rahim dan disertai oleh 15 orang staf yang bersemangat untuk mendalami serta berbincang mengenai amalan terbaik dalam pengurusan Islam di universiti. Ketibaan mereka disambut mesra oleh Pengarah Pusat Islam UniSZA, Mohd Sayuti bin Yahya, bersama beberapa orang staf.

Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh jaringan kerjasama serta berkongsi strategi dalam memperkasakan program keislaman yang lebih efektif di kampus. Sepanjang sesi perbincangan, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai inovasi dalam penyampaian dakwah, pengurusan aktiviti keagamaan serta pemerkasaan komuniti Islam di kalangan warga universiti.

Selain sesi dialog, delegasi UPM juga berpeluang melihat sendiri fasiliti serta program yang dijalankan di Pusat Islam UniSZA. Lawatan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada usaha bersama dalam memperkasa institusi Islam di universiti masing-masing demi kesejahteraan ummah.

Tarikh Input: 23/05/2025 | Kemaskini: 23/05/2025 | asmunir

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691163
0397693640
X, (03:22:41pm-03:27:41pm, 20 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]