Serdang, 17 Disember - Majlis Malam Gema Selawat UPM telah di adakan bertempat di Masjid Universiti Putra Malaysia. Masjid UPM menjemput bilal khas dari pelajar UPM untuk mengemundankan azan fardhu Isyak versi Mekah sebelum majlis selawat di mulakan.
Majlis ini di anjurkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa UPM dengan kerjasama Pusat Islam Universiti, Persatuan Mahasiswa Islam UPM dan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM.
Malam Gema Selawat menampilkan tetamu istimewa yang dikenali ramai Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari dengan memberi tausiyah diselangi selawat dialunkan dari kumpulan Qasidah UPM.
Dengan adanya majlis ini, kita dapat meningkatkan rasa kasih dan rindu ke atas junjungan Rasulullah SAW dengan bersama-sama berselawat dan berqasidah di Masjid UPM. Doa Qunut Nazilah juga dibacakan oleh Ustaz Iqbal bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saudara kita yang sedang menghadapi peperangan dengan tentera rejim zionis di Palestin.
Tarikh Input: 27/12/2023 | Kemaskini: 27/12/2023 | asmunir
PUSAT ISLAM UNIVERSITI,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum