Majlis Penyerahan Kerusi Roda Kepada Pelajar UPM | PUSAT ISLAM UNIVERSITI
» BERITA » Majlis Penyerahan Kerusi Roda Kepada Pelajar UPM

Majlis Penyerahan Kerusi Roda Kepada Pelajar UPM

Serdang, 21 Disember – Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Majlis Penyerahan Kerusi Roda kepada pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), Nur Syahirah binti Sulaiman, bertempat di Al-Biruni Smart Space, Masjid UPM.

Kerusi roda ini merupakan sumbangan daripada Yayasan Taqwa MAIWP sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan pelajar. Penyerahan disempurnakan oleh YB. Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), yang turut menzahirkan sokongan terhadap usaha universiti dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Tuan Haji Abdullah Zuhdee bin Ab Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa-MAIWP, Encik Zuhaimi Abd Rahim, Pengarah Pusat Islam UPM, pegawai dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM serta pegawai-pegawai Pusat Islam UPM. Kehadiran mereka mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara pihak universiti dan Yayasan Taqwa MAIWP.

Majlis ini bukan sahaja memberi manfaat langsung kepada pelajar yang menerima sumbangan, tetapi juga menjadi simbol kepedulian dan sokongan berterusan terhadap golongan pelajar OKU di UPM. Usaha sebegini diharap dapat memberi inspirasi kepada warga kampus untuk terus mengamalkan budaya prihatin, inklusif dan penyayang.

Tarikh Input: 21/12/2025 | Kemaskini: 21/12/2025 | asmunir

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
W, (01:45:10am-01:50:10am, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]