Majlis Sumbangan Bakul Ramadan & Syawal Masjid UPM | PUSAT ISLAM UNIVERSITI pic
» BERITA » Majlis Sumbangan Bakul Ramadan & Syawal Masjid UPM

Majlis Sumbangan Bakul Ramadan & Syawal Masjid UPM

Serdang, 17 Mac 2026 – Masjid UPM telah menganjurkan Majlis Sumbangan Bakul Ramadan & Syawal hasil kerjasama Sakan Sdn. Bhd. dan Jawatankuasa Kariah Masjid UPM. Majlis ini telah diadakan bertempat di Masjid UPM sebagai usaha murni menyantuni warga kampus dan masyarakat setempat menjelang Ramadan dan Syawal.

Sumbangan telah disampaikan oleh Nazir Masjid UPM merangkap Pengarah Pusat Islam UPM, En. Zuhaimi Abd Rahim kepada lebih 20 orang penerima yang terdiri daripada kalangan staf UPM serta kariah sekitar Serdang.

      

Program ini bukan sahaja bertujuan meringankan beban penerima, malah menjadi wadah memperkukuh hubungan silaturrahim antara warga kampus dengan masyarakat sekitar.

Masjid UPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sakan Sdn. Bhd. dan Jawatankuasa Kariah Masjid UPM atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Tarikh Input: 17/03/2026 | Kemaskini: 17/03/2026 | asmunir

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
W, (04:34:42am-04:39:42am, 09 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]