ð—žð—¨ð—”ð—Ÿð—” ð—Ÿð—¨ð— ð—£ð—¨ð—¥, 4 Januari 2026 – Persembahan silat Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) Gelanggang Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) melibatkan 13 orang pesilat telah memeriahkan majlis perkahwinan pengantin Daniel dan Farah yang berlangsung di The Urban Kuala Lumpur, petang tadi. Majlis yang dihadiri 500 tetamu itu dimulakan dengan alunan selawat sebagai menyambut kehadiran mempelai sebaik sahaja melangkah ke dalam dewan.
Persembahan pembukaan dimulakan dengan Sembah Perguruan oleh pesilat cilik, Aishah sebelum disajikan dengan pergerakan Asas Pertama, Asas Kedua, Sembah Perguruan dan Asas Buah. Aksi tempur tangan kosong tiga lawan satu antara pesilat cilik Nazmi bersama Pesilat Indera, Pesilat Angah dan Pesilat Nabil menampilkan ketangkasan ketika beraksi.
Mendapat perhatian tempur senjata rotan yang dipersembahkan oleh Pesilat Nazhan dan Pesilat Nabil dengan pukulan yang padu mencuri tumpuan para tetamu yang hadir. Gerak 15 dan aksi bunga solo oleh Pesilat Indera menutup tirai persembahan - MEDIA
Tarikh Input: 05/01/2026 | Kemaskini: 05/01/2026 | asmunir

PUSAT ISLAM UNIVERSITI,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum