Program Gotong-Royong Jiwa Putra 4.0 Meriahkan Masjid UPM | PUSAT ISLAM UNIVERSITI
» BERITA » Program Gotong-Royong Jiwa Putra 4.0 Meriahkan Masjid UPM

Program Gotong-Royong Jiwa Putra 4.0 Meriahkan Masjid UPM

Serdang, 25 September 2025 – Program Gotong-Royong Jiwa Putra 4.0 telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari berturut-turut pada 24 dan 25 September 2025 bertempat di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini melibatkan penyertaan lebih 60 orang pelajar UPM yang hadir dengan semangat kesukarelawanan dan cintakan kebersihan.

Program bermula seawal jam 8.30 pagi dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh staf Pusat Islam UPM sebelum aktiviti gotong-royong dimulakan. Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuklah pembersihan kawasan sekitar masjid, kerja mengecat semula pagar yang telah pudar, serta membersihkan ruang wuduk lelaki dan wanita.

Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk memperindah dan menyucikan rumah ibadah, malah turut menjadi platform untuk meraikan kedatangan pelajar baharu yang akan memulakan pengajian di UPM pada awal Oktober nanti. Program ini mencerminkan semangat kebersamaan dan nilai murni yang diterapkan dalam kalangan warga kampus.

Pusat Islam berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam memupuk budaya prihatin dan berbakti kepada komuniti.

Tarikh Input: 25/09/2025 | Kemaskini: 25/09/2025 | asmunir

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
W, (01:29:50pm-01:34:50pm, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]