Program Memasak Bubur Asyura Meriahkan Sambutan Muharram 1447H Di Masjid UPM | PUSAT ISLAM UNIVERSITI pic
» BERITA » Program Memasak Bubur Asyura Meriahkan Sambutan Muharram 1447H di Masjid UPM

Program Memasak Bubur Asyura Meriahkan Sambutan Muharram 1447H di Masjid UPM

Serdang, 5 Julai 2025 – Sempena sambutan bulan Muharram 1447H, Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Memasak Bubur Asyura yang berlangsung penuh semangat kekitaan dan gotong-royong.

Program ini merupakan inisiatif bersama antara Jawatankuasa Kariah Masjid UPM, KRT Taman Sri Serdang, Ahli Jiran Usia Emas, dan Sahabat Masjid UPM, yang berganding bahu menyemarakkan tradisi memasak bubur Asyura sebagai simbol perpaduan dan kesyukuran.

Aktiviti bermula seawal pagi dengan persediaan bahan masakan dan penyelarasan tugas dalam kalangan peserta. Suasana sekitar Masjid UPM dimeriahkan dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat, termasuk warga kampus dan penduduk sekitar, yang turut serta dalam menjayakan program.

Encik Zuhaimi Abd Rahim, Pengarah Pusat Islam UPM, turut hadir memeriahkan acara dan menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat. Beliau menyatakan bahawa program seumpama ini bukan sahaja menghidupkan tradisi, tetapi juga mengukuhkan hubungan komuniti melalui nilai-nilai murni Islam.

Program ini diakhiri dengan agihan Bubur Asyura kepada jemaah dan penduduk setempat, sebagai lambang perkongsian rezeki dan berkat Muharram.

Tarikh Input: 07/07/2025 | Kemaskini: 07/07/2025 | asmunir

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691163
0397693640
X, (11:43:14pm-11:48:14pm, 23 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]