Program Reformasi Jiwa Siri 2: “Menyulam Harapan, Membina Kekuatan” | PUSAT ISLAM UNIVERSITI
» BERITA » Program Reformasi Jiwa Siri 2: “Menyulam Harapan, Membina Kekuatan”

Program Reformasi Jiwa Siri 2: “Menyulam Harapan, Membina Kekuatan”

Serdang, 14 April – Program Reformasi Jiwa Siri 2 dengan tema “Menyulam Harapan, Membina Kekuatan” telah berjaya dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar UPM dengan kerjasama Pusat Islam UPM dan AKRAB UPM di Al-Biruni Smart Space, Masjid UPM.

Program sehari ini yang bertemakan nilai-nilai murni telah menghimpunkan seramai 19 peserta, melibatkan perkongsian ilmu, motivasi serta sesi dialog interaktif bersama penceramah jemputan.

Antara penceramah utama ialah:
- Tuan Haji Hashim Ahmad (Trainer HRDCop)
- Encik Zuhaimi bin Abdul Rahim (Pengarah, Pusat Islam Universiti)
- Puan Siti Fatimah Abdul Ghani (Pegawai Psikologi, Pejabat Pendaftar)
- Encik Muhammad Norhisyam Nordin (Pengerusi AKRAB)

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada warga UPM tentang kepentingan memperkasa kekuatan dalaman serta membina keseimbangan emosi dalam menghadapi cabaran kehidupan dan kerjaya. Peserta didedahkan dengan pendekatan pengurusan tekanan berkesan berteraskan nilai murni, di samping meningkatkan daya tahan mental dan spiritual agar lebih bersedia menangani tekanan kerja secara profesional dan berhemah.

Dengan pengukuhan aspek dalaman ini, diharapkan warga UPM dapat meningkatkan kesejahteraan jiwa, sekali gus menyumbang kepada suasana kerja yang lebih harmoni, sejahtera dan seimbang dalam kehidupan.

Tarikh Input: 16/04/2026 | Kemaskini: 16/04/2026 | asmunir

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
W, (12:05:50am-12:10:50am, 26 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]