Program Sehari Bersama Al-Quran Di Masjid UPM Jayakan Penghayatan Kitab Suci | PUSAT ISLAM UNIVERSITI 127
» BERITA » Program Sehari Bersama Al-Quran di Masjid UPM Jayakan Penghayatan Kitab Suci

Program Sehari Bersama Al-Quran di Masjid UPM Jayakan Penghayatan Kitab Suci

Serdang, 14 November 2025 – Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjadi tempat untuk program Sehari Bersama Al-Quran yang berlangsung dengan penuh penghayatan dan sambutan meriah. Program anjuran Pusat Islam Universiti, UPM dan El Qurthuby Quranic Centre ini bermula seawal jam 8.00 pagi dengan kehadiran lebih 200 peserta terdiri daripada pelajar, staf UPM serta masyarakat awam.

Program ini menampilkan tiga slot utama sepanjang hari:

  • Slot Pagi: Seminar Sempurna Al-Fatihah dan Solat disampaikan oleh Ustaz Aiman Ridhwan, Johan Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2025, bersama Ustaz Jamal Mohd Qurtubi Sulaiman, Pengarah Urusan Qurtubhy Global.

  • Slot Petang: Khutbah Jumaat oleh Pengarah Pusat Islam UPM, Ustaz Zuhaimi Abd Rahim, dengan solat Jumaat dipimpin oleh Ustaz Aiman Ridhwan. Sesi diteruskan dengan Tajwid Interaktif yang memberi peluang peserta memperbaiki bacaan Al-Quran secara langsung.

  • Slot Malam: Haflah Al-Quran Perdana mempersembahkan tilawah dan tadabbur oleh qari jemputan khas – Ustaz Aiman Ridhwan, Ustaz Mohamad Husaini Mahmur, serta Ustaz Tirmizi Ali, yang merupakan Johan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Selain itu, peserta turut berpeluang menyemak bacaan Al-Fatihah bersama fasilitator dan panel dari Qurthuby Centre. Booth pameran yang dibuka sepanjang program turut memeriahkan suasana serta memberi ruang interaksi kepada pengunjung.

Program Sehari Bersama Al-Quran ini menjadi wadah memperkukuh penghayatan kitab suci serta mempererat ukhuwah antara warga kampus dan masyarakat. Penganjuran ini diharap dapat diteruskan sebagai tradisi tahunan dalam usaha membudayakan Al-Quran sebagai panduan hidup.

Tarikh Input: 15/11/2025 | Kemaskini: 15/11/2025 | asmunir

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691163
0397693640
X, (03:37:58am-03:42:58am, 31 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]