PROGRAM SUFARA' AL-QURAN DI MASJID UPM BERJAYA MENARIK PENYERTAAN PELAJAR | PUSAT ISLAM UNIVERSITI pic
» BERITA » PROGRAM SUFARA' AL-QURAN DI MASJID UPM BERJAYA MENARIK PENYERTAAN PELAJAR

PROGRAM SUFARA' AL-QURAN DI MASJID UPM BERJAYA MENARIK PENYERTAAN PELAJAR

Serdang,17 Januari 2025 – Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) sekali lagi menjadi medan ilmu dan tarbiah melalui penganjuran Program Sufara' Al-Quran yang berlangsung dengan jayanya. Program ini dianjurkan oleh Seksyen Dakwah dan Pembangunan Insan, Pusat Islam UPM, dengan kerjasama Jawatankuasa Kariah Masjid UPM Serdang.
Bertempat di Masjid UPM, program ini melibatkan 30 orang pelajar yang bersemangat untuk mendalami ilmu berkaitan Al-Quran. Ceramah utama disampaikan oleh Dr. Che Radhiah Mezah, seorang pendakwah dari Persatuan Muballighat Negeri Selangor, yang memberikan kupasan mendalam mengenai kepentingan memahami dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan seharian.
 
Majlis ini dirasmikan oleh Encik Zuhaimi Abd Rahim, Pengarah Pusat Islam UPM, yang dalam ucapannya menegaskan bahawa, "Program seperti ini amat penting dalam membentuk generasi berilmu, bertaqwa, dan berakhlak mulia. Ia juga menjadi platform terbaik untuk memperkukuhkan hubungan pelajar dengan Al-Quran serta memupuk kecintaan terhadap ilmu agama."
 
Program Sufara' Al-Quran ini turut mengadakan sesi interaktif seperti tadabbur Al-Quran, yang berjaya menarik minat peserta untuk mendalami bacaan dan pemahaman Al-Quran dengan lebih baik.
Pusat Islam UPM berharap agar program ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak inisiatif dakwah dan pendidikan Al-Quran di kalangan pelajar dan masyarakat sekitar UPM.
 
Pusat Islam UPM mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, terutama penceramah, penganjur, dan peserta, atas komitmen mereka menjayakan program ini. Semoga usaha ini diberkati dan membawa manfaat kepada semua yang terlibat.

Tarikh Input: 20/01/2025 | Kemaskini: 20/01/2025 | asmunir

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691163
0397693640
X, (01:36:25am-01:41:25am, 16 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]