Pusat Islam Universiti Perkukuh Pengurusan Melalui Audit Dalaman 2024 | PUSAT ISLAM UNIVERSITI
» BERITA » Pusat Islam Universiti Perkukuh Pengurusan Melalui Audit Dalaman 2024

Pusat Islam Universiti Perkukuh Pengurusan Melalui Audit Dalaman 2024

Serdang, 04 Jun 2024- Telah diadakan audit dalaman bagi Pusat Islam Universiti yang berlangsung selama dua hari. Audit ini bertujuan untuk memastikan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) serta menilai keberkesanan pengurusan dan program yang dijalankan oleh Pusat Islam.

Audit ini diketuai oleh Tuan Mohamad Ismail bin Baharom selaku Ketua Juruaudit. Sepanjang audit tersebut, pelbagai aspek operasi Pusat Islam diperiksa dengan teliti, termasuk pengurusan kewangan, program kerohanian, aktiviti kebajikan, dan penyelenggaraan fasiliti.

Dalam tempoh dua hari audit, pasukan juruaudit menjalankan pemeriksaan dokumen, temubual dengan staf, serta tinjauan lapangan bagi menilai keberkesanan dan kepatuhan terhadap garis panduan yang ditetapkan.

Tuan Mohamad Ismail bin Baharom menyatakan bahawa audit ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan Pusat Islam dapat beroperasi dengan lebih cekap dan berkesan. "Audit dalaman ini penting untuk memastikan bahawa setiap aspek pengurusan Pusat Islam berada pada tahap yang terbaik dan dapat memberikan perkhidmatan yang optimum kepada komuniti universiti," katanya.

Hasil daripada audit ini akan digunakan untuk membuat penambahbaikan dan pelan tindakan bagi memperkukuhkan lagi pengurusan Pusat Islam. Pihak pengurusan Pusat Islam juga menyatakan komitmen mereka untuk mengambil tindakan susulan terhadap sebarang penemuan audit dan memastikan semua cadangan penambahbaikan dilaksanakan.

Dengan adanya audit dalaman ini, diharapkan Pusat Islam Universiti akan terus menjadi pusat kecemerlangan dalam menyediakan perkhidmatan kerohanian dan kebajikan kepada seluruh warga universiti.

Tarikh Input: 11/06/2024 | Kemaskini: 11/06/2024 | asmunir

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
X, (10:51:51pm-10:56:51pm, 21 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]