
Serdang, 5 April 2026 – Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah berjaya menganjurkan Kursus Praperkahwinan Islam Siri 1/2026 bertempat di Dewan Al-Khawarizmi, Pusat Islam UPM.


Program ini berlangsung selama dua hari, bermula pada 4 April 2026 hingga 5 April 2026, dengan pengisian sebanyak tujuh slot ceramah yang wajib dihadiri oleh semua peserta. Kehadiran penuh ke semua slot merupakan syarat utama bagi melayakkan calon menerima Sijil Kursus Praperkahwinan Islam yang diiktiraf oleh pihak berkuasa agama.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh kepada bakal pasangan suami isteri mengenai aspek penting dalam kehidupan berumah tangga, termasuk kefahaman agama, pengurusan keluarga, komunikasi berkesan, serta tanggungjawab bersama dalam membina keluarga sakinah.
Penganjuran siri pertama bagi tahun 2026 ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga kampus terutama staf UPM dan pelajar. Pihak penganjur berharap kursus ini dapat melahirkan pasangan yang lebih bersedia dari segi rohani, emosi dan sosial dalam mendepani cabaran kehidupan berkeluarga.
Tarikh Input: 05/04/2026 | Kemaskini: 05/04/2026 | asmunir

PUSAT ISLAM UNIVERSITI,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum