YADIM Menyantuni Semua Tanpa Mengira Latar Belakang Mereka | PUSAT ISLAM UNIVERSITI
» BERITA » YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka

YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka

Serdang, 01 April - Majlis Berbuka Puasa Rakan Siswa YADIM (RSY) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dihadiri hampir 1,000 orang mahasiswa dan mahasiswi universiti berkenaan.
Majlis berbuka puasa itu telah dirasmikan dengan penyampaian tazkirah khas oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.
 
Turut sama hadir Pengarah Pusat Islam UPM, Ustaz Zuhaimi Abdul Rahim dan Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM, Encik Shahrizal Mat.
 
Program ini telah mendapat tajaan daripada Kedutaan Qatar di Malaysia dan berjaya diselaraskan oleh Bahagian KEMUDA YADIM melalui majlis pimpinan Rakan Siswa YADIM UPM dengan kerjasama Pusat Islam UPM.

Tarikh Input: 02/04/2024 | Kemaskini: 02/04/2024 | asmunir

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEVKAq~