Halaqah Ilmiah yang dianjurkan oleh Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan satu inisiatif untuk menyemai dan meningkatkan ilmu pengetahuan Islam di kalangan pelajar dan staf universiti. Program ini bertujuan untuk menyediakan platform bagi perbincangan dan pembelajaran yang mendalam mengenai pelbagai aspek agama Islam, dengan fokus pada pengukuhan nilai-nilai spiritual dan intelektual.
Tujuan Halaqah Ilmiah:
Meningkatkan Pengetahuan Islam: Memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai ajaran Islam melalui pembelajaran dan perbincangan yang sistematik dan terperinci.
Pengukuhan Nilai-Nilai Islam: Mengukuhkan nilai-nilai murni Islam dalam kehidupan harian pelajar dan staf, serta memupuk akhlak mulia dan integriti.
Membangunkan Minda Kritis: Menggalakkan pemikiran kritis dan analitis dalam menilai isu-isu semasa dari perspektif Islam, serta membentuk pandangan yang berasaskan ilmu.
Memperkukuh Ukhuwah Islamiah: Mewujudkan suasana ukhuwah dan perpaduan di kalangan peserta melalui aktiviti dan perbincangan yang dijalankan dalam suasana yang harmonis dan saling menghormati.
Aktiviti dan Pendekatan:
Halaqah Ilmiah ini terbuka kepada semua pelajar dan staf UPM yang berminat untuk memperdalamkan pengetahuan mereka tentang Islam dan mempraktikkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.
Pusat Islam dalam kerangka memberikan pendidikan terbaik , telah menganjurkan sesi pencerahan berkaitan hukum isu semasa yang sangat penting didalami oleh masyarakat, justeru telah mengadakan beberapa siri pencerahan hukun dan kelas seperti berikut :
1. FIQH PUASA
2. FIQH KORBAN
3. FIQH HUBUNGAN ETNIK
4. FIQH DARAH WANITA

Pusat Islam Universiti dibawah Seksyen Pendidikan dan Bimbingan menganjurkan Seminar berbentuk Halaqah Fiqh thaharah khususnya berkaitan permasalahan darah wanita sering menjadi perbahasan para ulama’ sehingga kini. Kekeliruan dalam permasalahan ini timbul berikutan ketidakfahaman masyarakat terhadap hukum hakam berkaitan. Usaha untuk memberi kefahaman kepada masyarakat khususnya wanita perlu dilakukan kerana ia sangat berkait rapat dengan kesempurnaan pelaksanaan ibadah. Objektif Halaqah adalah untuk mengenal pasti kefahaman masyarakat berkaitan jenis darah wanita khususnya permasalahan haid dan istihadhah serta pengiraan tempoh suci dan tempoh haid mengikut pandangan Islam. Hasil kajian menunjukkan terdapat masyarakat yang masih keliru untuk membezakan antara darah haid dan istihadhah. Mereka juga tidak memahami kaedah pengiraan tempoh suci dan tempoh haid. Keadaan ini telah menjejaskan tahap keyakinan mereka dalam menunaikan ibadah. Susulan daripada dapatan kajian ini, penyelidik mencadangkan beberapa tindakan untuk membantu meningkatkan kefahaman terhadap permasalahan darah wanita.
Isu permasalahan fiqh thaharah khususnya berkaitan darah-darah wanita sering dibahaskan oleh pelbagai ulama’ Islam dahulu dan kini. Ini berikutan ketidakfahaman dan kekeliruan di kalangan kaum wanita yang sering timbul khususnya berkaitan haid, nifas dan istihadah. Permasalahan ini bukan sahaja melibatkan golongan remaja perempuan di peringkat sekolah dan universiti tetapi juga melibatkan masyarakat awam. Pelbagai pihak perlu berusaha membantu memberi kefahaman yang terbaik kepada masyarakat.

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI KAMI DITALIAN : 03-97698588 ( Ustaz Mohd Aiman )
Updated:: 26/06/2024 [asmunir]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum