EKSA Pusat Islam Universiti, Pembuka Aktiviti Di Tahun Baru 2024 | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » EKSA Pusat Islam Universiti, pembuka aktiviti di tahun baru 2024

EKSA Pusat Islam Universiti, pembuka aktiviti di tahun baru 2024

Serdang, 17 Januari 2024 – Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (PIU) tidak ketinggalan dalam melaksanakan aktiviti EKSA Pusat Islam Universiti, UPM bagi menjayakan hasrat dan amanah yang diberikan kepada semua Pusat Tanggungjawab Universiti oleh Naib Canselor UPM.

Aktiviti ini melibatkan semua staf Pusat Islam UPM yang sangat kompeten dalam menjayakan EKSA. Antara menjadi tempat tumpuan EKSA adalah sekitar ruang kerja di Pusat Islam dan Masjid UPM

Aktiviti ini dilaksanakan bermula bulan Disember 2023 dan Januari 2024 dimana Pusat Islam akan dinilai pada hujung bulan Januari  oleh pegawai audit EKSA UPM.

Penglibatan semua staf dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan kerjasama antara staf Pusat Islam UPM disamping menjadikan tempat kerja yang bersih dan harmoni.

Ini berdasarkan hadith:

إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ يُحِبُّ الطَّيِّبَ ، نَظِيفٌ يُحِبُّ النَّظَافَةَ ، كَرِيمٌ يُحِبُّ الكَرَمَ ، جَوَادٌ يُحِبُّ الجُودَ ، فَنَظِّفُوا ، أُرَاهُ قَالَ ، أَفْنِيَتَكُمْ وَلاَ تَشَبَّهُوا بِاليَهُودِ

MaksudnyaSesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan ia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi.

Riwayat al-Tirmizi (2799).

Date of Input: 22/01/2024 | Updated: 22/01/2024 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEbXAY~