JAMUAN BERBUKA PUASA SECARA BERDULANG MENDAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN DI HARI PERTAMA RAMADHAN | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » JAMUAN BERBUKA PUASA SECARA BERDULANG MENDAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN DI HARI PERTAMA RAMADHAN

JAMUAN BERBUKA PUASA SECARA BERDULANG MENDAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN DI HARI PERTAMA RAMADHAN

MASJID UPM, 24 Mac - Masjid UPM telah mengadakan majlis berbuka puasa dimana makanan di hidangkan secara berdulang. Majlis berbuka puasa mendapat sambutan yang menggalakkan oleh pelajar UPM dan juga kariah sekitar Masjid UPM.

Setelah 2 tahun menghadapi penyebaran wabak Covid-19, kaedah yang di gunakan sebelum ini adalah dengan secara drive-thru. Tapi pada tahun ini, Masjid UPM menyediakan kaedah berbuka secara berjemaah yakni 1 dulang 4 orang. 

Dengan kaedah ini, para pelajar dan jemaah dapat berbuka bersama-sama dan solat maghrib secara berjemaah selepas selesai menikmati juadah berbuka puasa.

Masjid UPM mengadakan Majlis berbuka puasa sepanjang ramadhan dan pelbagai aktiviti keagamaan seperti solat terawih berjemaah,tadarus Al-Quran, tazkirah zohor dan Qiamullail pada 10 malam terakhir.

Di harap sambutan yang menggalakkan ini kekal berterusan sehingga ke akhir Ramadhan.

Date of Input: 24/03/2023 | Updated: 24/03/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEaNAZ~