LAWATAN YBRS. DR. NORAISHAH MYDIN HAJI ABDUL AZIZ, AHLI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » LAWATAN YBRS. DR. NORAISHAH MYDIN HAJI ABDUL AZIZ, AHLI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.

LAWATAN YBRS. DR. NORAISHAH MYDIN HAJI ABDUL AZIZ, AHLI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.

Serdang, 06 Disember - Pusat Islam Universiti (PIU) pada hari ini menerima lawatan YBrs. Dr. Noraishah Mydin selaku ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPM.
Lawatan bertujuan sesi temu mesra antara pengurusan PIU dan Masjid UPM serta melawat kemudahan bagi golongan OKU di Masjid UPM.
Sepanjang lawatan yang bermula jam 9.15 pagi itu, YBrs Dr. Noraishah telah melawat persekitaran Masjid UPM dan PIU serta melihat sendiri kemudahan yang ada dan memberikan banyak input serta cadangan yang sangat berharga bagi pihak Masjid UPM untuk mempertingkatkan kemudahan kepada golongan OKU, bagi menterjemahkan hasrat UPM yang menuju ke arah kampus inklusif OKU.
Beliau turut komited untuk sentiasa menyokong sebarang usaha oleh pihak Masjid UPM dan PIU untuk meningkatkan kemudahan bagi golongan OKU.
 
PIU dan Masjid UPM sentiasa akan menyokong hasrat universiti dan akan berusaha untuk meningkatkan kemudahan dan aksesibiliti golongan OKU di masjid, selaras dengan moto Masjid UPM iaitu, ’Masjid UPM Masjid Bersama’.

 

Date of Input: 06/12/2023 | Updated: 06/12/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEdAAU~