MAIS ANJUR MAJLIS APRESIASI PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN (PPP) MAIS - Sumbang RM88,400 Kepada 25 PPP MAIS | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » MAIS ANJUR MAJLIS APRESIASI PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN (PPP) MAIS - Sumbang RM88,400 kepada 25 PPP MAIS

MAIS ANJUR MAJLIS APRESIASI PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN (PPP) MAIS - Sumbang RM88,400 kepada 25 PPP MAIS

Shah Alam, 23 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyerahkan sumbangan berjumlah keseluruhan sebanyak RM88,400 kepada 25 Pusat Pengurusan Pengislaman (PPP) MAIS dalam Majlis Apresiasi PPP MAIS.
 
Sumbangan yang menggunakan peruntukan Lembaga Zakat Selangor (LZS) ini bertujuan meringankan beban kewangan PPP MAIS yang dilantik selain sebagai galakan dan motivasi PPP MAIS yang telah berjaya menguruskan proses pengislaman dengan sempurna sepanjang tahun 2022.
 
Selain itu, sumbangan ini juga sebagai penghargaan kepada PPP MAIS dalam membantu gerak kerja pengurusan pengislaman di negeri Selangor amnya.
 
Sumbangan disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf MAIS, diiringi oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.
Dalam ucapan Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Farid Ravi, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada PPP MAIS yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan dalam membantu MAIS menguruskan proses pengislaman dengan lancar serta mengikut prosedur yang ditetapkan.
 
"Pusat Pengurusan Pengislaman MAIS, bukan hanya sekadar menguruskan proses pengislaman muallaf semata-mata, malah perlu memainkan peranan membantu MAIS dan LZS dalam proses penjagaan, perlindungan serta pengajaran kepada mereka." Ujarnya.
 
Antara penerima ialah Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya;
Masjid Al Azim, Pandan Indah Hulu Langat; PERKIM Bahagian Selangor dan Hidayah Centre Foundation (HCF) Selangor.
Dalam majlis yang sama, turut diadakan slot motivasi bertajuk “Dakwah Muallaf : Kerja Berintegriti vs Santai Kedai Kopi” yang disampaikan oleh YBhg. Dr Johari bin Abdullah @ Yap Guan Kheng, Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia, Kota Bharu dan merupakan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf, MAIS.
 
Turut hadir majlis tersebut Ustazah Hafizatuakmal binti Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, MAIS merangkap Pendaftar Muallaf di Negeri Selangor.

Date of Input: 24/07/2023 | Updated: 24/07/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEcFAN~