MASJID UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ANTARA TUMPUAN PENILAIAN JURI SEMPENA SEMARAK KEMERDEKAAN PERINGKAT UPM 2023 | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » MASJID UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ANTARA TUMPUAN PENILAIAN JURI SEMPENA SEMARAK KEMERDEKAAN PERINGKAT UPM 2023

MASJID UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ANTARA TUMPUAN PENILAIAN JURI SEMPENA SEMARAK KEMERDEKAAN PERINGKAT UPM 2023

Masjid UPM, 16 Ogos- Masjid Universiti Putra Malaysia telah menerima kunjungan daripada pihak juri terdiri dari pegawai-pegawai UPM sempena Minggu Kemerdekaan Peringkat UPM bagi tahun 2023.
Sesi penilaian pihak juri di mulai dengan persembahan silat oleh 10 orang Pesilat dari Gelanggang PSSLM Cawangan Masjid UPM yang dipimpin oleh Cikgu Sulhan dan Cikgu Nazrizan/Pacak.
Para juri telah di beri penerangan oleh Ustaz Mohamad Aiman Ahmad Zahidi mengenai konsep sambutan Semarak Merdeka Pusat Islam UPM sebelum video montaj di tayangkan.
Bacaan doa kemerdekaan dan amanat telah di bacakan oleh Ustaz Zuhaimi Abd Rahim, Pengarah Pusat Islam UPM seterusnya simbolik Perasmian Sambutan Semarak Merdeka@PIU dengan kehadiran "drone" pembawa bendera di serahkan kepada juri untuk diletakkan ke paparan layar Masjid UPM.
 
Semoga Pusat Islam Universiti, UPM melepasi ke peringkat seterusnya untuk Semarak Kemerdekaan Peringkat UPM 2023

Date of Input: 17/08/2023 | Updated: 17/08/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEbVAP~