Musafir Hana Masjid UPM Kembali Lagi Bagi Menyantuni Keluarga Pelajar Sempena Majlis Konvokesyen Ke-47 Universiti Putra Malaysia | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Musafir Hana Masjid UPM kembali lagi bagi menyantuni keluarga pelajar sempena Majlis Konvokesyen ke-47 Universiti Putra Malaysia

Musafir Hana Masjid UPM kembali lagi bagi menyantuni keluarga pelajar sempena Majlis Konvokesyen ke-47 Universiti Putra Malaysia

SERDANG, 01 Disember – Sempena Majlis Konvokesyen ke-47 Universiti Putra Malaysia (UPM), Pusat Islam Universiti dengan kerjasama Sahabat Masjid dan WAZAN UPM telah menganjurkan program Musafir Hana sebagai salah satu inisiatif membantu meringankan beban keluarga untuk meraikan pelajar yang akan berkonvokesyen di UPM.
Program yang bermula 25 November sehingga 30 November 2023 yang berakhir semalam memperlihatkan fungsi masjid sebagai pusat perkhidmatan pembangunan ummah bukan sekadar tempat untuk beribadah sahaja.
Ibu bapa atau penjaga datang dengan membawa anak-anak mereka dimana sebenarnya banyak kos yang perlu dibelanjakan seperti kos perjalanan ke sini terutamanya mereka yang datang jauh dari Sabah, Sarawak, Perlis, Terengganu dan sebagainya.
 
Oleh itu, program Musafir Hana ini menyediakan platform untuk para musafir beriktikaf di masjid pada waktu malamnya di samping menyediakan sarapan pagi,makan tengah hari dan minum malam secara percuma termasuklah kemudahan pengangkutan kepada musafir dari Masjid UPM ke Majlis Konvokesyen di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM.
Penyediaan khemah untuk berehat dan menyalin pakaian turut disediakan bagi memberi keselesaan kepada musafir wanita khasnya selain menyediakan bantal dan selimut untuk tidur kepada musafir yang bermalam di sini.
 
Musafir hana ini turut di hadiri oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM.

Date of Input: 01/12/2023 | Updated: 01/12/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEcBAk~