Pelajar Dari Indonesia Turut Bersama Dalam Seminar I'jaz Al-Quran Anjuran Pusat Islam UPM | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Pelajar dari Indonesia turut bersama dalam Seminar I'jaz Al-Quran anjuran Pusat Islam UPM

Pelajar dari Indonesia turut bersama dalam Seminar I'jaz Al-Quran anjuran Pusat Islam UPM

Serdang , 03 November - Pusat Islam Universiti, UPM telah menganjurkan Seminar I'jaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2023 bertempat di Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan, UPM . Seminar ini adalah kerjasama antara Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Institut Pengajian Tinggi Malaysia, Pusat Pengurusan Wakaf Zakat dan Endowmen (WAZAN UPM), dan Jawatankuasa Masjid Jamek Qaryah Serdang (UPM) yang dijalankan semalam.
Seramai lebih dari 250 orang peserta telah mendaftarkan diri terdiri daripada staf dan pelajar universiti awam dan swasta dan juga dari kalangan orang awam. Seminar ini berlangsung selama satu hari bermula 8.00 pagi dan selesai pada jam 4.30 petang.
 
Seminar pada kali ini turut dihadiri oleh pelajar dari Universitas Islam Negeri Syarif Hadayatullah Jakarta Indonesia seramai 14 Orang.
Seminar I'jaz menampilkan pembentang-pembentang dan qari jemputan antaranya Ustaz Md Razali bin Saibin, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaysia Sabah, Datuk Dr Harlina Halizah Hj Siraj @ Hj Ramli ,Pengasas & Pengarah Akademi Dr Har, Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman, Pengarah Urusan Paradigma Ibrah Sdn. Bhd., dan Qari jemputan Saudara Muhammad Norfahmi Zainal (Tilmiz Fahmi), JUARA Akademi Qurra’ TV Al-Hijrah.
Seminar di rasmikan oleh Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Mat Isa,Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Institut Pengajian Tinggi Malaysia (JAHEIS).
 
Pusat Islam Universiti, UPM mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan seminar ini.

Date of Input: 03/11/2023 | Updated: 03/11/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEcRAk~