Penilaian Audit EKSA Pusat Islam UPM Penentu Kriteria Penilaian EKSA UPM | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Penilaian Audit EKSA Pusat Islam UPM Penentu Kriteria Penilaian EKSA UPM

Penilaian Audit EKSA Pusat Islam UPM Penentu Kriteria Penilaian EKSA UPM

Serdang, 01 Februari - Pusat Islam Universiti,UPM telah menjalani sesi penilaian Audit kendiri Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh dua orang auditor dari Seksyen Pentadbiran dan Kewangan, Pejabat Pendaftar iaitu Pn Nor Azila Azmi dan Pegawai Eksekutif Kolej Pendeta Za'ba iaitu Encik Muhamad Azim Khairul Amir, di sini, semalam.
Sesi penilaian ini melibatkan kesemua dua zon EKSA di Pusat Islam dan 1 zon di Masjid UPM dan dikategorikan sebagai Zon A, B dan C. Sesi dimulakan dengan Taklimat Pembukaan pada pukul 9.30 pagi oleh Encik Nazaruddin Ramli sebagai penyelaras EKSA Pusat Islam.
Seterusnya, para auditor di bawa ke seluruh kawasan yang ditetapkan berdasarkan kriteria penilaian pelaksanaan amalan EKSA peringkat PTJ.
 
Walaupun Pusat Islam mendapat pujian di beberapa tempat dari segi kekemasan dan keselamatan. Namun demikian, terdapat beberapa teguran dan penambahbaikan yang perlu diambil tindakan selaras dengan ketetapan EKSA seperti pelabelan, susun atur penyimpanan barang dan keseragaman.
 
Semoga dengan penilaian ini, Pusat Islam akan terus komited dalam menjalankan EKSA dan amalan EKSA menjadi budaya yang berterusan dan ditambahbaik pada masa akan datang.

Date of Input: 05/02/2024 | Updated: 05/02/2024 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEcEA4~