Penutupan Kursus Asas Haji Masjid UPM Bagi Tahun 2023 | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Penutupan Kursus Asas Haji Masjid UPM bagi tahun 2023

Penutupan Kursus Asas Haji Masjid UPM bagi tahun 2023

UPM SERDANG, 27 Februari - Selesai 13 siri Kursus Asas haji yang telah berlangsung di Masjid Universiti Putra Malaysia anjuran Tabung Haji dan Pusat Islam Universiti, Sabtu lalu.
 
Penganjuran ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada ahli kariah dan masyarakat sekitar yang hadir untuk turut serta bersama bagi menjayakan kursus ini.
 
Siri terakhir, berlangsung dengan taklimat kesihatan oleh Bahagian Farmasi,Kementerian Kesihatan Malaysia dan sesi praktikal yang di sampaikan oleh Dr Mohd Bakri bin Aziz@Saari, Pensyarah PKPBA, IPG Kampus Pendidikan Islam. Majlis penutup dihadiri oleh Pengarah Pusat Islam UPM, Ustaz Zuhaimi Abd Rahim.
 
Diharapkan agar semua jemaah yang hadir, dapat menambah pengetahuan dalam perkara asas ibadah haji. Semoga diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk menjadi tetamunya pada tahun ini bagi menunaikan ibadah Haji.

Date of Input: 27/02/2023 | Updated: 27/02/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEaSA0~