
Serdang, 07 Jun 2026 – Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kariah Masjid UPM dan Pemuda Serdang telah menganjurkan Program Mesra Kubur sempena Bulan Sinergi Putra UPM. Program gotong-royong ini berlangsung di Tanah Perkuburan Islam Kariah Serdang dengan penyertaan lebih 50 orang terdiri daripada ahli kariah masjid serta staf Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS).

Aktiviti gotong-royong ini bertujuan memelihara kebersihan kawasan perkuburan, di samping menyemai nilai kebersamaan dan keprihatinan warga kampus serta masyarakat setempat. Kehadiran Pengarah Pusat Islam UPM, Encik Zuhaimi Abd Rahim, menyerikan lagi program dengan sokongan moral kepada para peserta.
Program Mesra Kubur ini bukan sahaja memperlihatkan semangat kerjasama antara warga UPM dan komuniti setempat, malah menjadi simbol penghayatan terhadap nilai ukhuwah dan tanggungjawab sosial. Ia juga selari dengan aspirasi Bulan Sinergi Putra UPM yang menekankan integrasi, kebersamaan, dan kesejahteraan masyarakat kampus.
Date of Input: 08/06/2026 | Updated: 08/06/2026 | asmunir

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum