Selesai 13 Siri Kursus Asas Haji Masjid UPM Bagi Tahun Ini | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Selesai 13 Siri Kursus Asas Haji Masjid UPM bagi tahun ini

Selesai 13 Siri Kursus Asas Haji Masjid UPM bagi tahun ini

UPM SERDANG, 02 Februari - Telah tamat 13 Siri Kursus Asas Haji di Masjid Universiti Putra Malaysia anjuran Tabung Haji Malaysia (TH) dengan kerjasama Pusat Islam UPM yang telah bermula pada 28 Oktober 2023 dan berakhir pada 27 Januari 2024 lalu. Penganjuran ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada ahli kariah dan masyarakat sekitar yang hadir untuk turut serta bersama bagi menjayakan kursus ini.
 
 
Siri terakhir, berlangsung dengan taklimat  ringkas oleh pegawai tabung haji sebelum dilaksanakan sesi praktikal antaranya memakai kain ihram,tawaf, melontar jamrah dan bersaie. Para peserta diberi peluang untuk merasakan sendiri pengalaman dan belajar sendiri cara-cara untuk mengerjakan haji dengan syarat dan kaedah yang ditetapkan bagi mendapatkan haji yang sempurna ketika di tanah suci.
\
 
Turut hadir bersama, Ustaz Zuhaimi bin Abdul Rahim, Pengarah Pusat Islam Universiti,UPM. 
 
Diharapkan agar semua jemaah yang hadir, dapat menambah pengetahuan dalam perkara asas ibadah haji. Semoga diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk menjadi tetamunya pada tahun ini bagi menunaikan ibadah Haji.

Date of Input: 13/02/2024 | Updated: 13/02/2024 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEcBAM~