Tabung Bantuan Pengurusan Jenazah
TUJUAN
Tujuan penubuhan tabung ialah:
1.Mengumpul sumbangan sukarela staf UPM menerusi caruman secara potongn gaji bulanan.
2.Memberi bantuan musibah kepada tanggungan staf apabila staf UPM mengalami musibah kematian.
3.Memberi bantuan musibah kepada staf UPM apabila berlaku kematian ahli keluarga (ahli keluarga ialah sebagaimana dinyatakan dan mengikut Skim Perubatan UPM di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Tujuan penubuhan tabung ialah:
1. Mengumpul sumbangan sukarela staf UPM menerusi caruman secara potongn gaji bulanan.
2.Memberi bantuan musibah kepada tanggungan staf apabila staf UPM mengalami musibah kematian.
3.Memberi bantuan musibah kepada staf UPM apabila berlaku kematian ahli keluarga (ahli keluarga ialah sebagaimana dinyatakan dan mengikut Skim Perubatan UPM di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).
SUMBANGAN KEPADA TABUNG
Sumbangan bulanan staf beragama Islam kepada tabung ini:
Ahli yang mencarum ke dalam Tabung ini sahaja akan mendapat tanggungan bantuan mengurus jenazah sebanyak RM 1,800.00 apabila mengalami musibah kematian.
Bayaran akan dibuat kepada waris ahli.
Tanggungan bantuan belanja mengurus jenazah ini juga meliputi kematian ahli keluarga pegawai yang mencarum (sebagaimana tanggungan di bawah Skim Kemudahan Perubatan Pegawai dan Pesara UPM yang berkuatkuasa) termasuk janin yang keguguran berusia lebih enam (6) bulan di mana pengurusannya diuruskan sepertimana pengurusan jenazah dewasa.
BADAN KHAIRAT KEMATIAN:
1 ) Tabung Amanah Bantuan Pengurusan Jenazah Pegawai UPM -bagi staf UPM yang menjadi ahli
2) Badan Khairat Kematian Serdang – Bagi Penduduk kariah serdang dan staf UPM yang menjadi ahli
KADAR BANTUAN PENGURUSAN JENAZAH
|
Tabung Bantuan Pengurusan Jenazah Pegawai Islam UPM (Staf UPM Sahaja) |
KADAR BANTUAN |
|
1. Pegawai yang mencarum |
RM 1,800.00 |
|
2. Suami/isteri pegawai |
RM 1,200.00 |
|
3. Ibubapa pegawai |
RM 800.00 |
|
4. Anak pegawai (21 tahun kebawah) |
RM 500.00 |
|
5. Anak/janin (cukup sifat 6-bulan) Anak 2 tahun ke bawah |
RM 300.00 |
BORANG-BORANG CARUMAN DAN TUNTUTAN TABUNG PENGURUSAN JENAZAH :
1.BORANG PENDAFTARAN MENJADI AHLI ( STAF SAHAJA )
2.BORANG TUNTUTAN PENGURUSAN JENAZAH ( STAF ATAU AWAM)
BORANG -BORANG BERKAITAN :
1.BORANG MAKLUMAT KEMATIAN
2.BORANG PENILAIAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN JENAZAH
Updated:: 04/11/2024 [asmunir]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum