Pendahuluan
Rakyat Malaysia sering dikejutkan dengan penghinaan atau sindiran agama dari kalangan orang bukan Islam mahupun umat Islam sendiri.
Situasi ini berlaku kerana individu atau kumpulan tersebut tidak menyukai Islam, takut kepada Islam, dan bimbang tentang pengaruh agama Islam.
Jadi, dengan membuat sindiran sebegitu, mereka percaya boleh menjatuhkan imej Islam, merendahkan moral umat Islam, dan akhirnya menghancurkan pengaruh Islam.
Pada hari ini, kita mengakui bahawa media sosial banyak menyumbang ke arah usaha mempromosikan Islamophobia dan ianya juga berpotensi mewujudkan suasana aman melalui komunikasi antara orang Islam dan bukan Islam yang menetap di negara ini di bawah pemerintahan demokrasi berparlimen.
Apa itu Islamophobia ?
Istilah ‘Islamophobia’ pertama kali muncul dalam majalah ‘Insight‘ berkala Amerika Syarikat pada 4 Februari 1999. Walaupun istilah Islamophobia mempunyai beberapa definisi, sesetengah pengkritik percaya ia masih berbahaya. Istilah ‘Islamophobia’ tidak sepenuhnya menyampaikan keluasan dan kedalaman permusuhan terhadap Islam dan umat Islam di dunia Barat hari ini.
Istilah yang lebih tepat ialah ‘perkauman anti-Islam,’ kerana ia merangkumi kedua-dua kebencian terhadap agama dan diskriminasi yang disengajakan terhadap penganutnya”. Islamophobia diterjemahkan sebagai “takut kepada Islam”.
Selain itu, ia berkaitan dengan sentimen anti-Islam. Islam adalah agama yang tetap dengan ajaran yang tidak berubah kecuali dalam keadaan tertentu. Sedangkan umat Islam adalah individu manusia yang sikapnya sentiasa berubah. Sesekali ajaran Islam dipatuhi, begitu juga sebaliknya. Namun begitu, kedua-duanya mempunyai ikatan yang rapat dengan Islam. Dilihat, frasa ini terpakai lebih khusus setelah berlakunya peristiwa 11 September 2001.
Kesan Terhadap Islamophobia
Berikutan tragedi 11 September 2001, serangan pengganas, sentimen anti-Islam dan Islamophobia di dunia Barat telah mendapat perhatian ilmiah yang ketara.