Serdang, 17 Januari 2024 – Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (PIU) tidak ketinggalan dalam melaksanakan aktiviti EKSA Pusat Islam Universiti, UPM bagi menjayakan hasrat dan amanah yang diberikan kepada semua Pusat Tanggungjawab Universiti oleh Naib Canselor UPM.
Aktiviti ini melibatkan semua staf Pusat Islam UPM yang sangat kompeten dalam menjayakan EKSA. Antara menjadi tempat tumpuan EKSA adalah sekitar ruang kerja di Pusat Islam dan Masjid UPM
Aktiviti ini dilaksanakan bermula bulan Disember 2023 dan Januari 2024 dimana Pusat Islam akan dinilai pada hujung bulan Januari oleh pegawai audit EKSA UPM.
Penglibatan semua staf dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan kerjasama antara staf Pusat Islam UPM disamping menjadikan tempat kerja yang bersih dan harmoni.
Ini berdasarkan hadith:
Ø¥Ùنَّ اللَّهَ طَيّÙبٌ ÙŠÙØÙبّ٠الطَّيّÙبَ ØŒ نَظÙÙŠÙÙŒ ÙŠÙØÙبّ٠النَّظَاÙÙŽØ©ÙŽ ØŒ كَرÙيمٌ ÙŠÙØÙبّ٠الكَرَمَ ØŒ جَوَادٌ ÙŠÙØÙبّ٠الجÙودَ ØŒ ÙَنَظّÙÙÙوا ØŒ Ø£Ùرَاه٠قَالَ ØŒ Ø£ÙŽÙْنÙيَتَكÙمْ وَلاَ تَشَبَّهÙوا بÙاليَهÙودÙ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan ia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi.
Riwayat al-Tirmizi (2799).
Tarikh Input: 22/01/2024 | Kemaskini: 22/01/2024 | asmunir
PUSAT ISLAM UNIVERSITI,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum