Serdang, 17 September - Kursus Praperkahwinan Islam Siri 2 bagi tahun 2023 telah di anjurkan oleh Pusat Islam Universiti, UPM dan Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) dimana ia di jalankan selama 2 hari bertempat di Mini Teater, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah,UPM Serdang. Kursus ini adalah sambungan daripada siri pertama yang di jalankan pada bulan Januari 2023.
Kursus ini mendapat sambutan dengan pendaftaran seramai lebih 100 peserta dari kalangan pelajar dan juga staf UPM sendiri. Tujuh slot ceramah di wajibkan kepada peserta sebagai syarat untuk mendapat sijil disampaikan oleh penceramah dari Jabatan Agama Islam Selangor dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta di sediakan sarapan dan makan tengahari bagi memudahkan peserta untuk rehat sementara menunggu slot ceramah yang seterusnya.
Sijil kursus praperkahwinan di berikan kepada semua peserta yang berjaya menghadiri kesemua slot ceramah yang di sampaikan sepanjang 2 hari kursus berlangsung.
Tarikh Input: 17/09/2023 |
Kemaskini: 17/09/2023 | asmunir
PERKONGSIAN MEDIA