Masjid UPM Serdang,09 Februari - Satu mesyuarat pelaksanaan aktiviti Ramadhan bagi tahun 2023 telah diadakan di Pusat Islam UPM bagi membincangkan aktiviti dan program sepanjang bulan Ramadhan bagi tahun ini dijalankan. Mesyuarat di pengerusikan sendiri oleh Encik Zuhaimi bin Abd Rahim,Pengarah Pusat Islam UPM.
Mesyuarat memfokuskan kepada aktiviti pengimarahan Masjid UPM seperti Solat terawih berjemaah, tazkirah-tazkirah Ramadhan, agihan bubur lambuk, jamuan berbuka puasa dan pelbagai lagi.
Pusat Islam akan menjalankan aktiviti Ramadhan dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf Zakat dan Endowmen (WAZAN), Jawatankuasa Kariah Masjid Serdang (UPM) Pelajar MPPUPM dan Pelajar PMIUPM.
Tarikh Input: 09/02/2023 |
Kemaskini: 09/02/2023 | asmunir
PERKONGSIAN MEDIA