Pelajar Tahun 3 Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia UPM Menganjurkan Kursus Pra-Perkahwinan Islam Bagi Menarik Minat Orang Muda Mengambil Kursus Awal Ke Alam Perkahwinan. | PUSAT ISLAM UNIVERSITI
» BERITA » Pelajar Tahun 3 Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia UPM menganjurkan Kursus Pra-Perkahwinan Islam bagi menarik minat orang muda mengambil kursus awal ke alam perkahwinan.

Pelajar Tahun 3 Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia UPM menganjurkan Kursus Pra-Perkahwinan Islam bagi menarik minat orang muda mengambil kursus awal ke alam perkahwinan.

Serdang, 16 Januari - Kursus Pra-perkahwinan Islam yang di anjurkan oleh pelajar tahun 3 Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia bagi kursus DCE3304 Perencanaan Program Pendidikan Dewasa, Fakulti Pengajian Pendidikan Sesi 2022/2023 dengan kerjasama Pusat Islam Universiti dan Jabatan Agama Islam Selangor
yang di jalankan selama 2 hari bertempat di Auditorium 2, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM.
Kursus ini mendapat sambutan dengan pendaftaran seramai lebih 150 peserta dari kalangan pelajar dan juga staf UPM sendiri. Tujuh slot ceramah kepada peserta yang disampaikan oleh penceramah dari pihak Jabatan Agama Islam Selangor.
 
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta di sediakan sarapan dan makan tengahari bagi memudahkan peserta untuk rehat sementara menunggu slot ceramah yang seterusnya.
 
Penyerahan sijil kursus yang di sampaikan kepada peserta oleh Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid bin Arshad, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Pendidikan di iringi oleh Ustaz Mohamad Alif Mursyid bin Husry, Penolong Pendaftar (agama) Pusat Islam UPM di akhir kursus.

Tarikh Input: 16/01/2023 | Kemaskini: 16/01/2023 | asmunir

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXFDAAQ~