Serdang, 16 Januari – Pusat Islam Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Tutorial asas Penulisan Minit Mesyuarat 2024 disampaikan oleh Encik Nuruliman bin Ibrahim, Penolong Pendaftar Kanan Pusat Islam UPM bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Pusat Islam UPM.
Program ini dianjurkan oleh Pusat Islam UPM bagi meningkatkan kemahiran yang sedia ada dalam penulisan minit mesyuarat bagi menambah kelancaran dan pendokumentasian dalam pengurusan Pusat tanggungjawab universiti khususnya Pusat Islam UPM.
Peserta yang terlibat seramai 30 orang peserta terdiri daripada kalangan Staf Pusat Islam UPM, Staf Wazan UPM, dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM.
Semoga dengan ilmu yang disampaikan akan menjadi penyumbang kepada pemudahcara dalam melakukan pekerjaan yang di amanahkan.
Tarikh Input: 22/01/2024 | Kemaskini: 22/01/2024 | asmunir
PUSAT ISLAM UNIVERSITI,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum