Bank Rakyat Contribution Presentation Ceremony At The UPM Islamic Centre | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE pic
» NEWS » Bank Rakyat Contribution Presentation Ceremony at the UPM Islamic Centre

Bank Rakyat Contribution Presentation Ceremony at the UPM Islamic Centre

Serdang, 08 Jun 2026 – Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjadi lokasi bagi Majlis Penyerahan Sumbangan yang dianjurkan bersama Bank Rakyat. Majlis ini merangkumi penyerahan daging korban, kotak makanan asas, serta sumbangan kewangan kepada penerima terpilih.

  

Seramai 50 orang penerima kategori asnaf dan staf UPM menerima kotak makanan asas serta sumbangan wang tunai yang disampaikan oleh YBrs. Encik Roslan Din, Pengarah Wilayah Tengah dan Selatan Bank Rakyat. Selain itu, Bank Rakyat turut menyalurkan sumbangan berjumlah RM5,000.00 kepada Masjid UPM bagi menyokong aktiviti pengimarahan dan RM10,000.00 kepada 50 penerima sumbangan.

 

Sebanyak 400kg daging korban turut diagihkan kepada orang ramai melalui kaedah pandu lalu di hadapan WAZAN UPM. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Islam UPM, Encik Zuhaimi Abd Rahim, serta Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infaq (WAZAN), Tuan Hj. Haris bin Dahlan, bersama staf Bank Rakyat.

Program ini memperlihatkan komitmen Bank Rakyat dalam menyokong kebajikan komuniti kampus dan masyarakat setempat, di samping memperkukuh hubungan strategik dengan UPM melalui pengimarahan masjid dan aktiviti kebersamaan.

Date of Input: 08/06/2026 | Updated: 19/08/2026 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691163
0397693640
W, (03:03:49pm-03:08:49pm, 23 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]