Bengkel Pengurusan Jenazah Siri 1/2023 | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Bengkel Pengurusan Jenazah Siri 1/2023

Bengkel Pengurusan Jenazah Siri 1/2023

Serdang, 10 April - Pusat Islam Universiti dengan kerjasama Kluster Kelestarian Pertanian dan Kehidupan Kampus, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Pendeta Za’ba telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Jenazah Bil 1/2023 yang bertempat di Dewan Kolej Pendeta Za'ba, UPM.
Bengkel ini melibatkan hampir 50 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan staf UPM sendiri yang bermula pada 8.30 pagi. Bengkel ini di sampaikan oleh Ust Mohd Zainuddin bin Abu Bakar, (Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Jenazah Covid 19 Negeri Selangor).
Di dalam Bengkel ini peserta akan diberikan latihan secara teori dan diikuti amali yang akan diberikan tunjuk ajar kepada peserta mengenai apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja berlaku kematian serta cara-cara menguruskan jenazah dengan betul .

Date of Input: 10/04/2023 | Updated: 10/04/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEaUAo~