
Serdang, 3 Januari 2026 – Kursus Asas Haji yang berlangsung selama 13 minggu di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) melabuhkan tirainya dengan penuh bermakna apabila sesi terakhir diisi dengan praktikal haji yang disampaikan oleh Prof. Dr. Mohd Aderi Che Noh.
Sesi praktikal tersebut memberi peluang kepada para peserta untuk memahami secara mendalam tatacara ibadah haji, termasuk pergerakan, bacaan serta amalan yang wajib dilaksanakan di tanah suci. Penyampaian yang jelas dan terperinci oleh Prof. Dr. Mohd Aderi berjaya memberikan gambaran menyeluruh kepada peserta, sekaligus meningkatkan keyakinan mereka dalam menghadapi ibadah haji yang sebenar.

Majlis penutup kursus turut diserikan dengan ucapan oleh Pengarah Pusat Islam UPM, Encik Zuhaimi Abd Rahim, yang menekankan kepentingan kursus asas haji sebagai persediaan rohani dan mental bagi bakal jemaah. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua tenaga pengajar, urusetia, serta peserta yang komited sepanjang 13 minggu berlangsungnya kursus.

Kursus ini bukan sahaja memberi ilmu, tetapi juga membina keyakinan dan kesatuan hati dalam melaksanakan ibadah haji. Semoga segala usaha ini menjadi bekalan berharga buat para peserta,” ujar Encik Zuhaimi dalam ucapan penutupnya.
Majlis penutupan disambut dengan suasana penuh kesyukuran, diiringi doa agar semua peserta yang bakal menunaikan haji dipermudahkan urusan dan dikurniakan haji mabrur.
Date of Input: 03/01/2026 | Updated: 18/08/2026 | asmunir

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum