Serdang, 24 Februari 2026 – Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Team Media Prima (Jom Heboh), Skuad Jom Ronda X Maggi, Persatuan Wanita UPM (PERMATA) serta pelajar Asasi UPM telah menganjurkan program memasak dan edaran bubur lambuk bertempat di Masjid UPM.
Program yang melibatkan lebih 50 orang peserta ini bermula seawal jam 8.00 pagi dengan aktiviti memasak bubur lambuk secara bergotong-royong. Suasana penuh muhibah ini turut diserikan dengan kehadiran Encik Muhazam Mansor, Pendaftar UPM, serta Encik Zuhaimi Abd Rahim, Pengarah Pusat Islam UPM, yang sama-sama turun padang memberi sokongan.
Selepas siap dimasak, bubur lambuk diagihkan ke beberapa lokasi sekitar komuniti, termasuk Surau Al-Hidayah Sri Serdang, Balai Polis Serdang, serta kepada jemaah di Masjid UPM sendiri. Edaran ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara warga universiti dan masyarakat setempat, malah menjadi simbol semangat kebersamaan dan kepedulian sosial.
Program ini diharapkan dapat terus menjadi tradisi tahunan yang menyemarakkan nilai gotong-royong, ukhuwah, dan kepedulian terhadap masyarakat sekitar.
Date of Input: 25/02/2026 | Updated: 25/02/2026 | asmunir

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum