KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM ANJURAN PUSAT ISLAM UNIVERSITI,UPM | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM ANJURAN PUSAT ISLAM UNIVERSITI,UPM

KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM ANJURAN PUSAT ISLAM UNIVERSITI,UPM

UPM SERDANG, 14 Disember - Kursus Pra Perkahwinan Islam anjuran Pusat Islam Universiti, UPM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Persatuan Mahasiswa Islam UPM telah diadakan pada 10 dan 11 Disember 2022 lalu bertempat di Dewan Al-Khawarizmi, Pusat Islam UPM. Seramai 70 orang peserta terdiri daripada pelajar Universiti Putra Malaysia telah mengikuti kursus ini.
Pelaksanaan program ini dianjurkan khas untuk warga yang beragama Islam dan belum memiliki Sijil Pra Perkahwinan. Kursus tersebut dilaksanakan berdasarkan modul yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
 
Objektif program adalah supaya peserta lebih cakna untuk mempersiapkan diri fizikal dan mental menghadapi alam perkahwinan kelak serta tanggungjawab dalam membentuk sebuah keluarga harmoni.
 
Majlis penutupan di sempurnakan oleh Ustaz Alif Mursyid bin Husry, Penolong Pendaftar(agama) Pusat Islam UPM dan penyampaian sijil kepada semua peserta. Diharapkan program seumpama ini dapat terus dilaksanakan dan memberi manfaat kepada warga universiti.

Date of Input: 14/12/2022 | Updated: 14/12/2022 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEUHAX~