SERDANG, 23 September - Masjid Universiti Putra Malaysia menerima lawatan daripada peserta inbound Queensland Uni. of Technology, Australia. Seramai 11 orang peserta terdiri dari 3 lelaki dan 8 wanita telah hadir ke Masjid UPM.
Peserta tersebut turut diiringi oleh 10 orang pelajar dari Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS) dan 2 orang staf FHAS di ketuai oleh Prof. Madya Dr. Siti Suriati binti Isa.
Salah satu keperluan program inbound ini adalah mengadakan aktiviti silang budaya termasuk memahami fungsi masjid bagi orang Islam di Malaysia. Peserta di berikan penerangan mengenai latar belakang masjid serta peranan Masjid UPM dalam aktiviti pengimarahan dan pengurusan.
Peserta juga turut di bawa untuk melihat sekitar kawasan Masjid UPM terutama ruang solat utama, ruang wuduk dan bilik pengurusan jenazah.
Turut hadir bersama bagi program ini adalah Ustaz Mohamad Alif Mursyid bin Husry, Penolong Pendaftar (Agama) Pusat Islam UPM.
Date of Input: 24/09/2023 |
Updated: 24/09/2023 | asmunir
MEDIA SHARING