MASJID UPM, 3 Februari 2022 (Khamis), 1 Rajab 1443 Hijrah - Seramai 300 pelajar UPM yang akan melalui peperiksaan akhir hadir, meraka telah diraikan sendiri oleh Naib Canselor UPM YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, juga YBhg. En. Muhazam Mansor, Pendaftar UPM, juga dihadiri oleh presiden KEPERTAMA En. Norsyariman Mad Arif, serta pihak kesatuan yang lain dalam satu Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Sempena Peperiksaan Akhir Pelajar Universiti Putra Malaysia disini, Majlis berlangsung selepas solat Maghrib dimulai dengan Solat Hajat, Solat diketuai oleh YBrs. Ustaz Zuhaimi Abdul Rahim, Pengarah Pusat Islam Universiti, UPM dan disususli dengan Bacaan Yasin & Doa Selamat dipimpin oleh YBrs. Ustaz Muhammad Norhisyam Nordin. Majlis disusuli dengan ucapan dan kata semangat oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman " Semoga dipermudahkan segala urusan mahasiswa UPM menjawab peperiksaan akhir dengan jayanya dan semoga warga UPM sentiasa dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan oleh Allah SWT" ucap beliau. Majlis tersebut juga dipancarkan secara live oleh pihak Media UPM. Majlis berakhir selepas solat isyak dengan edaran jamuan kepada pelajar dan jemaah yang hadir pada jam 10.00 pm.













Date of Input: 04/02/2022 |
Updated: 06/02/2022 | fahmi_mukhid
MEDIA SHARING