MAJLIS IFTAR MINGGUAN MASJID UPM | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » MAJLIS IFTAR MINGGUAN MASJID UPM

MAJLIS IFTAR MINGGUAN MASJID UPM

Masjid UPM Serdang,03 November - Majlis Iftar Mingguan Masjid UPM anjuran Pusat Islam Universiti dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam UPM yang di adakan bertujuan meraikan pelajar-pelajar yang berpuasa sunat hari Khamis.
Buat masa ini, penyediaan iftar ini hanya bermula setiap hari Khamis bagi pelajar-pelajar yang berpuasa sunat untuk berbuka puasa di Masjid UPM. Penyediaan juadah berbuka puasa ini adalah terhad untuk 200 pax sahaja setiap minggu dan melalui kaedah pendaftaran (google form).
Minggu pertama majlis iftar mingguan ini telah dihadiri lebih kurang 200 pelajar termasuk jemaah yang hadir bagi solat Maghrib di Masjid UPM. Majlis ini juga di hadiri oleh Ustaz Zuhaimi bin Abdul Rahim, Pengarah Pusat Islam UPM sebagai ucaptama majlis iftar mingguan Masjid UPM.

Date of Input: 04/11/2022 | Updated: 04/11/2022 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXETMAC~