MAJLIS MAHABBAH ALUMNI STAF PUSAT ISLAM UPM | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » MAJLIS MAHABBAH ALUMNI STAF PUSAT ISLAM UPM

MAJLIS MAHABBAH ALUMNI STAF PUSAT ISLAM UPM

UPM Serdang,08 Julai- Pusat Islam Universiti telah mengadakan satu Majlis Mahabbah Alumni Staf Pusat Islam UPM bertempat di foyer Pusat Islam.
 
Majlis telah dihadiri oleh mantan-mantan pengarah Pusat Islam dan juga staf-staf Pusat Islam yang pernah bertugas di Pusat Islam UPM. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa selamat yang telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Hafiz bin Ghazali.
Semoga ukhwah staf Pusat Islam, seutuh ikatan ukhuwah para Sahabat Rasulullah. InsyaAllah
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :“Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang solih dan orang yang jahat adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.”
(Hadis Riwayat Imam al- Bukhari dari Abu Musa.)

Date of Input: 08/07/2022 | Updated: 08/07/2022 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXETWAj~