Majlis Malam Gema Selawat Universiti Putra Malaysia | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Majlis Malam Gema Selawat Universiti Putra Malaysia

Majlis Malam Gema Selawat Universiti Putra Malaysia

Serdang, 17 Disember - Majlis Malam Gema Selawat UPM telah di adakan bertempat di Masjid Universiti Putra Malaysia. Masjid UPM menjemput bilal khas dari pelajar UPM untuk mengemundankan azan  fardhu Isyak versi Mekah sebelum majlis selawat di mulakan.

Majlis ini di anjurkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa UPM dengan kerjasama Pusat Islam Universiti, Persatuan Mahasiswa Islam UPM dan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM.

Malam Gema Selawat menampilkan tetamu istimewa yang dikenali ramai Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari dengan memberi tausiyah diselangi selawat dialunkan dari kumpulan Qasidah UPM.

Dengan adanya majlis ini, kita dapat meningkatkan rasa kasih dan rindu ke atas junjungan Rasulullah SAW dengan bersama-sama berselawat dan berqasidah di Masjid UPM. Doa Qunut Nazilah juga dibacakan oleh Ustaz Iqbal bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saudara kita yang sedang menghadapi peperangan dengan tentera rejim zionis di Palestin.

 

Date of Input: 27/12/2023 | Updated: 27/12/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEcMA0~