MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEMARAK RAMADHAN 1443H/2022 MASJID UPM | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEMARAK RAMADHAN 1443H/2022 MASJID UPM

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEMARAK RAMADHAN 1443H/2022 MASJID UPM

MASJID UPM,01 APRIL 2022-Majlis Pelancaran Program Semarak Ramadhan 1443 Hijrah telah di sempurnakan oleh YH. Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), YH. Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman mengalu-alukan semua kariah dan jemaah termasuk warga UPM untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengimarahan Masjid UPM sepanjang bulan Ramadan ini.
 
Selain itu, beliau turut mengucapkan rasa syukur kerana mulai 1 April 2022 jemaah masjid telah boleh menunaikan solat tanpa jarak fizikal dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti sentiasa memakai pelitup muka dan membawa sejadah masing-masing, ucap beliau semasa melancarkan Program Semarak Ramadhan Masjid UPM.
Dato’ Dr. Mohd Roslan juga menyeru semua jemaah dan semua hadirin untuk terus menyumbang kepada program pembangunan Masjid UPM kerana bulan Ramadhan ini adalah peluang terbaik kepada semua anak kariah dan jemaah masjid untuk melipat gandakan ganjaran disamping menjalani ibadah puasa, menurut beliau lagi.
 
Pengarah Pusat Islam UPM, Zuhaimi Abdul Rahim berkata, program itu merupakan inisiatif Pusat Islam yang merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperkasakan rohani dan sahsiah pelajar serta masyarakat setempat melalui platform masjid. Inisiatif itu adalah sejajar dengan hasrat dalam Naratif Naib Canselor, “Sederap Melangkah Menuju Al-Falah”.
 
“Sepanjang bulan Ramadan ini, Pusat Islam UPM telah menyusun beberapa aktiviti kerohanian bagi mengimarahkan masjid ini seperti program Mentor Al Quran, program Makhraj Quran dan banyak lagi. Semua anak kariah Masjid UPM dijemput hadir,” katanya.

Date of Input: 05/04/2022 | Updated: 05/04/2022 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEUEAL~