MESYUARAT KERJASAMA ANTARA PUSAT ISLAM UPM DAN IKRAM MALAYSIA | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE pic
» NEWS » MESYUARAT KERJASAMA ANTARA PUSAT ISLAM UPM DAN IKRAM MALAYSIA

MESYUARAT KERJASAMA ANTARA PUSAT ISLAM UPM DAN IKRAM MALAYSIA

SERDANG, 13 November - Mesyuarat kerjasama antara Pusat Islam UPM dan IKRAM Malaysia telah diadakan di Pusat Islam dengan tujuan memperkukuhkan jaringan dan sinergi dalam usaha memajukan program keagamaan dan kemasyarakatan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Islam UPM, Encik Zuhaimi Abd Rahim.
Pihak IKRAM Malaysia diwakili oleh Dr. Mohd Faridz Ismail bersama beberapa ahli jawatankuasa IKRAM. Sepanjang sesi perbincangan, kedua-dua pihak membincangkan pelbagai inisiatif yang boleh dilaksanakan secara bersama bagi memupuk nilai-nilai murni dan memantapkan syiar Islam di kalangan masyarakat khususnya dalam kalangan mahasiswa.
 
Mesyuarat diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata oleh pihak IKRAM Malaysia kepada Pusat Islam UPM, sebagai simbolik penghargaan dan harapan terhadap jalinan kerjasama yang bakal diteruskan pada masa hadapan.

Date of Input: 13/11/2024 | Updated: 13/11/2024 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691163
0397693640
X, (10:45:41am-10:50:41am, 08 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]